Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday 14 July 2014

DYH 13



BISMILAHIRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM
SORRY LAMA TAK MASUKKAN DYH... SIBUK DENGAN DKAKUS AJE... MAAF YE>..<

BAB 13

“Kau!!” Leon hampir menjerit apabila melihat kelibat itu.

Dxzin, makhluk yang berbadan manusia berkepala helang muncul dihadapannya. Dhytin ketawa sinis.

“Kenapa? Marah?”provok Dhytin.

“Ya aku marah! Mana manusia tu? Mana Azalina?”tanya Leon dengan lantang. Aura negatifnya mula terpancar. Membuat wajahnya hodoh.

“Huh... apa yang menarik sangat mengenai manusia itu aku pun tak tahulah... Kau nak... Tuanku nak... Padahal manusia itu hanya akan membawa ke pupusan kepada kita!” Dhytin tidak puas hati. Kalau ikutkan dia... dah lama manusia itu mati.

“Dia... istimewa! Kau apa tahu... Bawa aku jumpa dia!” pinta Leon. Dhytin ketawa mengekek. Seronok dapat mengejek Leon. Bodoh... bodoh.

“Kenapa kau gelak? Bawa aku jumpa dia... nanti akan aku tunaikan permintaan kau!” Leon mula menabur janji. Kepala Dhytin mula ke kanan ke kiri.

“Apa saja?” tanya Dhytin meminta kepastian.

“Ya... Aku janji. Kecuali perkara yang membawa keburukan kepada Azalina...” kata Leon penuh diplomasi. Dhytin mengangguk puas hati.

“Baiklah aku bawa kau... Cuma aku tak akan bawa kau masuk hingga ke dalam. Pandai-pandailah kau nak masuk ke dalam sana..” kata Dhytin sambil terbang. Leon mula berlari dan melompat mengejar Dhytin.

-

“Vxirius... bila aku boleh balik?”tanya Azalina yang tersandar layu di katilnya.

“Balik? Aku tak tahu...” kata Vxirius yang cuba mengalih topik. Malas nak berbicara mengenai hal itu. Karang... mulalah manusia itu menangis mahu pulang ke dunianya.

“Azalina... kau suka bunga?”tanya Vxirius sambil mengunjukkan sejambak bunga lily berwarna putih kepada Azalina.

“Suka.. cantik bunga ni. mana kau dapat?”tanya Azalina yang mula mencium dan menghidu aroma bunga itu. Wangi.

“Aku tanam.”

“Tanam? Mesti banyak bunga yang cantik bukan? Bawalah aku... aku bosan..” pujuk Azalina. Sungguh dia kebosanan di dalam bilik yang serba indah ini.

“Kau betul-betul nak pergi?”tanya Vxirius dengan senyuman tersembunyi. Sengaja mahu mengusik manusia itu.

“Nak la...” balas Azalina sedikit manja.

“Kalau nak kau kena lari... lari laju-laju. Macam aku ni...” Vxirius mula berlari. Tapi yang Azalina lihat hanyalah bayang hitam yang ada di sini sana. Ternganga Azalina.

“Ma... macam mana aku nak lari macam tu...” sedih sahaja bunyi suara Azalina. Vxirius tersenyum suka. Tahu jeratnya bakal mengena.

“Ada cara lain...”

“Ya? Aku nak.. aku nak ke sana...” Azalina membuat muka comel. Di saat ini tak terasa Vxirius itu makhluk yang jahat. Rasa macam manusia pula.

“Boleh saja.. dengan syarat aku dukung kau..” kata Vxirius dengan muka serius.

“Hah? Dukung kenapa pulak?”Azalina tak puas hati.

“Habis... kau nak bertarung dengan makhluk-makhluk jahat di luar tu?” tanya Vxirius garang. Azalina segera menggeleng. Teringat dia dengan makhluk berkepala burung itu.... makhluk itu sungguh kejam! Entah bagaimana pulalah rupa makhluk yang ada di sekitar istana ini... mesti lebih menakutkan!

“Hurm... okaylah... janji aku dapat keluar..” Kata Azalina redha.

Vxirius segera mencempung tubuh Azalina sebelum membawanya lari. Terjerit melolong Azalina menahan kelajuan yang mengalahkan kereta lumba itu.

Akhirnya Vxirius berhenti. Dia ketawa besar melihat wajah Azalina. Rambut sudah mengerbang macam hantu... wajah pucat...

“Gelak!” badan Vxirius terus disepak sebaik sahaja Azalina di letakkan di atas tanah. Leganya tak tahu nak kata...

“Ha ha ha.. bukan sakit pun..” balas Vxirius tanpa perasaan.

“Setan kau Vxirius.” Marah Azalina tak puas hati. Vxirius sekadar tarik sengih.. panggillah apa pun.. yang penting hakikatnya aku buat kau jadi macam ni. macam badut! Serius lawak!

“Huh... kalau aku setan.. aku tak bawa kau datang tempat ni Azalina..” Vxirius menunjukkan tempat itu. Cantik.

Azalina terdiam. Memang cantik sungguh. Kalau taman-taman dirumah orang kaya. Seperti dalam mimpi sahaja. Perlahan Azalina menampar wajahnya. Sakit.

“Kau tak mimpi..” ujar Vxirius dengan segaris senyuman.

“Cantik...” Azalina terus duduk di sebuah kerusi batu. Rama-rama yang berterbangan membuat dia rasa bebas... bau-bauan yang wangi membelai hatinya.

“Kau nak makan?”tanya Vxirius setelah menyedari waktu makan Azalina telah berlalu. Azalina menggeleng. Dia hanya mahu berada disitu... menikmati keindahan taman kecil itu.

“Okay. Aku ada hal. Lagi sejam aku datang dengan makanan untuk kau.” Kata Vxirius sejurus itu dia menghilangkan diri. Azalina masih dalam dunianya sendiri. Bagaikan terpukau.

-

Leon terduduk ditepi semak. Lelah dia mengejar Dhytin. Laju betul makhluk itu.

“Aduh!” Leon segera bangun. Suara yang mengaduh itu seperti dia kenal... Azalina!

Dengan pantas Leon masuk melalui rimbunan semak itu. Kelihatan Azalina terduduk di tanah dengan jari yang luka. Leon dengan pantas menghisap jari Azalina.

“Argh... Leon.. cukup!” Azalina menahan perit. Leon yang hanyut dengan darah Azalina terhenti menerus menghisap darah Azalina saat wanita itu menangis teresak-esak.

“Maaf. Maaf aku tak dapat mengawal diri aku..” kata Leon sambil menyeka air mata Azalina.

“Tak apa... aku rindukan kau Leon! Aku nak balik...” tangis Azalina. Dia tidak lagi terpesona dengan taman itu. Dia hanya mahu pulang... mahu bersama-sama keluarganya,

“Aku akan bawa kau keluar dari sini. Aku janji!” kata Leon sambil memeluk tubuh Azalina.


“Siapa kata kau boleh?!” Vxirius muncul dengan wajah yang amat bengis. 

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)