SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Tuesday, 25 July 2017

CINTA as in LOVE sebuah cerpen by Asyu Asyura



Tajuk : CINTA AS IN LOVE



     “CINTA ARYA BINTI MOHD ZAMIR! BANGUN DAH PUKUL 10! ANAK DARA APA TAK BANGUN-BANGUN LAGI NI?” jerit along kepada Cinta Arya, Daim Arshad. Tak sampai 20 saat dari berlalunya jeritan berkumandang, rumah dua tingkat itu bergema pula dengan bunyi hentakkan kaki.



     “Along ni orang bukan selalu tidur lama-lama. Hari nikan Ahad kasilah can dekat orang.” Kata Cinta sejurus mukanya terpacul di dapur.



     “Hah, memanglah tak selalu, tapi buruk jugak perangai tu. Ni dah tercongak dekat meja makan ni dah mandi? Gosok gigi?” tanya Daim sambil menghirup kopi’O kaw yang dibuat ayah terchinta.



     “Confirmlah dah, ayah tengok along ni, dengki sangat tengok orang malas-malas hari cuti. Ayah, bukan selalukan Cinta malas-malas kan?” tanya Cinta kepada ayahnya. Zamir memandang anak ketiganya itu. Kalah anak bongsu, manjanya bukan main. Tapi datang garang dia, Zamir sendiri pun takut. Tapi betullah anaknya yang seorang ini bukan selalu bermalas-malas. Jarang-jarang sangat.



     “Bukan dengki, sakit mata,  badan tu macam kena pam, lepas tu kamu buat perangai tak semenggah tu, yang kena kutuk sapa? Ayah dengan aku tau. Cuba ikut angah tu, kurus! Dah nak kahwin dah nanti.” Kata Daim tanpa tapisan. Cinta menarik muncung. Biasa sudah dengan mulut laser Daim. Tapi alongnya itu penyayang sebenarnya.



     “Ei along ni! Apa along ingat orang tak ada jodoh ke? InsyaAllah ada nanti. Along tu! Bising dekat orang, diri sendiri pun tak ada calon. Takut sangat nak bercinta.” Ujar Cinta memeluk tubuh. Gaya macam nak gaduh sangat.



     “Biarlah aku nak kahwin bila. Aku lelaki.” Ujar Daim membuat bodoh dengan muka merah Cinta. Marah sangatlah tu. Adiknya itu pantang sebut pasal jantina.



     “Apasal pulak! Kalau macam tu umur Cinta 30-an baru Cinta nak kahwin! Ei, tolonglah kahwin-kahwin ni tak ada kaitan dengan jantina. Apa hebat sangat ke lelaki? Along tau kan tanpa wanita lelaki tetap lemah!” Cinta dah mula bangun. Zamir turut bangun menenangkan anak gadisnya itu.



     “Cinta dah, dah la tu. Ye Cinta memang rajin. Along tu jeles, dia bangun pagi ni ayah nampak dia nak keluar minum, ayah panggil dia buat kerja dengan ayah. Dah Cinta.” Zamir mengusap-ngusap bahu anaknya itu. Cinta dah melangkah ke arah Daim. Terbangun jugaklah Daim. Penakut juga dengan Cinta ni.



     “Hah along dah kenapa? Cinta nak pergi ambik pinggan je. Penakut jugak ek along ni.” Usik Cinta sambil mencapai pingan yang terletak di rak belakang alongnya.



     “Bukan takutlah... hm.... hm... Lenguh kaki duduk tu bangun tu.” Ujar Daim dengan tangan menggaru rambutnya.

    

     “Hm... yelah tu along.” Cinta terus duduk bersebelah ayahnya. Zamir tersenyum melihat telatah Cinta. Mujur tak mengamuk, kalau mengamuk Daim sakit, dia pun sakit, payah nak suruh Cinta berhenti kalau dah start mengamuk.





Cinta melangkah dengan nafas tercungap-cungap, kononnya nak bawak Qaseh Alisha shopping, sekali masuk mall, adik dia zupp sana zupp sini. Penat dia mengekornya. Mujurlah adik, kalau tak dia tinggalkan je dekat mall ni.



     Cinta duduk di sebuah kerusi berhadapan kedai pakaian yang adiknya masuk. Penat. Biarlah Qaseh pilih puas-puas. Baru dia masuk dan bayar. Dia bukannya kaya sangat. Lapan sembilan bulan sekali baru dia bawa Qaseh beli baju. Adiknya baru berusia 14 tahun. Badan tengah berubah. Memang haruslah dia bawa membeli baju. Lagipun along dengan angah pun bagi duit untuk membeli keperluan adiknya itu.



     Muka Cinta terasa basah. Nak kata hujan dalam mall ni manalah nak datang hujannya. Berbumbungkan. Terus Cinta memandang ke depan. Seorang kanak-kanak berumur dalam likungan 4 tahun, sedang dalam posisi seakan-akan merangkak. Cinta pelik, tak akan dah besar macam tu still merangkak, kot ye pun kenapa mak ayah dia biar?



     Lepas tu mata dia terlihat tangan budak tu sebelah kanan pegang cawan yang biasa kat Boat Noodle tu. Cinta terangguk-angguk sendiri. Baru dapat proses apa yang berlaku. Mungkin budak tu tengah berlari lepas tu terjatuh secara tak langsung tersimbah dia. Mungkin.



     Si budak kecil tu dah berair mata, takutlah tu. Cinta pun kalut sekali.



     “Eh, akak tak marah pun. Meh sini meh, ada luka tak?” tanya Cinta sambil meniup lutut si kecil. Kanak-kanak lelaki itu menggeleng kepala.



     “Sorry kakak...” kata si kecil perlahan.



     “Its okay. Nama siapa ni?” tanya Cinta sambil membantu si kecil duduk disebelahnya.



     “Akiq.” Tangan menunjukkan angkat 4. Cinta mengangguk-ngangguk.



     “Oh... Akiq, nama akak Cinta. Akiq datang dengan siapa?” tanya Cinta sambil membetulkan rambut Akiq.



     Akiq memandang kiri dan kanan. Mungkin baru tersedar yang penjaganya tak ada, terus Akiq meraung.



     “Eh, jangan nangis Akiq, akak tolong Akiq cari family Akiq ye...” pujuk Cinta.



     “Akiq! Akiq! Muhamad Nur Syafiq!” laungan kedengaran. Suara lelaki. Akiq yang galak menangis terus terdiam. Mata melilau turut mencari mana suara itu.



     “Papa Yan!!!” jerit suara kecil Akiq. Cinta mendukung Akiq membantu si kecil mencari di mana suara itu.



     “Ya Allah Akiq, kan papa cakap pegang tangan papa Yan. Tengok apa dah jadi bila Akiq tak dengar kata. Mujur papa Yan perasan Akiq tak ada tau!” Tubuh Akiq diambil lalu dipeluk erat. Pipi Akiq dicium sepuas hati. Cinta terpaku melihat drama sebabak itu.



     “Terima kasih cik! Terima kasih.” Ujar Papa Yan itu. Cinta mengangguk dengan senyuman kecil. Handsome juga papa Yan Akiq ni.



     “Papa Yan, tadi Akiq tumpah air. Kena akak Cinta. Papa Yan, Akiq sorry... Akiq tak sengaja.” Petah Akiq bercerita dengan linangan air matanya.



     “Ya Allah. Patutlah tudung akak ni basah. Maaf cik. Boleh saya ganti tudung cik?” tanya Hann sambil meletakkan Akiq ke bawah.



     “Eh, tak apa. Bukan sengaja pun. Okaylah. Saya pergi dulu, adik saya macam dah siap je. Akiq jangan lari-lari ye. Pegang tangan papa Yan tu nanti hilang lagi.” Pesan Cinta. Akiq terus memeluk kaki Cinta. Cinta melutut supaya sama paras dengan Akiq. Akiq memeluk dan dia terus mencium pipi Cinta.



     “Thank you kakak Cinta. I love you!” terus pelukan dilepaskan dan Akiq berlari menyorok di belakang Hann. Hann ketawa menggaru pipinya. Segan pun ada, mujurlah Akiq kecik lagi. Cinta yang terkesima dengan perbuatan Akiq tersenyum manis.



     “Bye Akiq, papa Yan.” Cinta berlalu masuk ke dalam kedai pakaian di mana Qaseh setia menanti.





     “Ayah! Ayah! Tadikan achik kena ngorat dengan abang handsome. Adik nampak dari dalam kedai.” Bising mulut Qaseh bercerita sebaik sahaja masuk ke rumah.



     “Ye lah tu... Silap-silap yang kamu nampak tu bangla dik.” Kata Daim yang terbaring menonton televisyen.



     “Assalamualaikum... Qaseh ni salam tak bagi terus cerita yang bukan-bukan. Dia melayu tapi tak adalah dia mengorat orang. Anak sedara dia hilang, orang yang teman sampai budak kecik tu jumpa balik papa Yan dia. Nasiblah Akiq tu comel. Tak rasa sia-sia kena simbah air.” Terang Cinta.



     “Waalaikumusalam. Patutlah tudung kamu ni lain warna sebelum dan selepas pergi mall tu Cinta. Kena simbah air rupanya.” Kata Zamir mengusik si anak.



     “Huh, confirm lah dia tak mengorat kamu. Aku yakin kalau handsome memang tak pandanglah kamu ni.” Kata Daim selamba.



     “Ye... orang pun sedar diri. Yang along ni tak sedar-sedar diri ke? Terbongkang tengah rumah. Buatnya jodoh datang, tertengoklah perangai along yang buruk rupa ni.” Kata Cinta membalas bidasan Daim. Ingat dia heran? Memang taklah...



     “Eh biarlah! Pergi masak nasi goreng sotong. Biar ayah rehat pula. Kamu duk tepi je. Aku tak kira aku nak kamu masak!” kata Daim dengan senyuman jahatnya. Cinta tersenyum manis. Nak sangat aku masak ye... kejap ye... kejap.



     “Boleh je. Ayah duduk depan ni tengok tv sekali tengokkan perangai anak ayah yang tak semenggah tu. Menyampah orang tengok terkangkang macam tu.” Kata Cinta sambil berlalu ke dapur. Zamir menggeleng kepala. Anak sulung dengan yang ketiga ni macam Tom & Jerry berkelahi je. Bila seorang tak ada tahu pula dia mencari.



     Tak sampai setengah jam, nasi goreng sotong siap. Cinta siap menghantar sepinggan nasi goreng sotong yang terhias cantik dekat alongnya. Daim menyambut dengan muka gembira.



     “Sudu?” minta Daim yang matanya melekat di nasi goreng.



     Cinta kembali dengan pinggan ayahnya dan sudu untuk along terchinta.



     “Okay orang naik atas dulu. Selamat menjamu selera.” Sekejap je Cinta hilang dari pandangan. Zamir sudah menikmati air tangan anaknya itu. Sedap betul. Daim yang serba tak kena, melihat ayahnya sedap menyuap nasi goreng ke mulut turut menyuap nasi goreng hasil adiknya itu.



     “Uhuk! Uhuk! Pedasss! Cinta Arya!!!” jerit Daim. Mukanya memerah menahan pedas. Patutlah manis je muka si Arya ni. Ada udang disebalik mee!



     Zamir tergelak kecil. Nasiblah. Siapa suruh cari pasal Daim oit!





Cinta melangkah masuk ke pejabat barunya. Seminggu lepas dia dapat email yang mengatakan dia perlu bertukar cawangan. Nasiblah dekat dengan rumah, Cinta tak kisahlah sangat.



     “Assalamualaikum, selamat pagi saya Cinta Arya. Hari ini saya perlu lapor diri kepada encik Aryan?” kata Cinta di meja penyambut tetamu. Gadis bertudung biru itu menunjukkan ke sebuah bilik yang paling dalam. Cinta mengucapkan terima kasih lalu melangkah ke bilik itu.



     Cinta mengetuk pintu bilik encik Aryan itu.



     “Masuk!” Kening Cinta terangkat. Macam pernah dengar suara tu tapi dimana? Huh, apa-apa jelah Cinta.



     Cinta melangkah masuk ke dalam bilik itu. Seorang lelaki berusia likungan 30-an sedang asyik menunduk menaip sesuatu di tab miliknya. Cinta tercegat di depan meja itu. Yelah tak akan nak duduk senang-senang. Bukan pejabat dia pun.



     “Ehem!” dehem Cinta sekali. Tak ada tindak balas.



     “Er, encik Aryan?” panggil Cinta. Tak tengok dia jugak. Asyik betul dengan tab tu. Tak boleh jadi ni.



     “Assalamualaikum encik Aryan!” jerit Cinta dekat betul dengan encik Aryan itu. Encik Aryan yang terkejut terus berdiri, maka berlakulah perlanggaran di situ. Kepala encik Aryan terhantuk ke dagu Cinta.



     “Auch!” Cinta dah pegang dagu. Terasa darah di dalam mulut. Sah dia tergigit hujung lidah. Mujurlah tak putus lidah aku, getus Cinta dalam hati.



     “Aduh! Sorry! Sumpah saya terlupa! Maaf. Maaf! Cik okay?” tanya encik Aryan kepada Cinta yang kini terduduk di lantai dengan muka menghadap ke lantai. Mengalir juga air mata Cinta menahan perit dagu dan lidahnya.



     Cinta mengisyarat tanda okay menggunakan tangannya. Cinta bangun perlahan-lahan. Bergegar jugak kepala otak dia. Besi apa kepala encik Aryan ni?



     “Eh, awak?” encik Aryan menuding jari ke arah Cinta. Berkerut-kerut dahi Cinta mencari siapa? Tak akan dia?



     “Awak Cinta kan?” tanya encik Aryan lagi. Siapa pulak encik Aryan ni?



     “Saya ni Hann! Er... Papa Yan!” kata encik Aryan a.k.a Hann a.k.a papa Yan. Mata Cinta membulat.



     “Oh, papa Yan si Akiq! Sorry juga papa Yan eh, encik Aryan. Saya pun tak sangka encik akan terkejut macam tu.”kata Cinta sambil duduk dikerusi yang disediakan. Bukan duduk suka-suka, encik Aryan a.k.a Hann ni yang suruh.



     “Eh, tak apa. Panggil saya Hann je. Maaf sekali lagi. Mulut awak luka ke?” tanya Hann apabila kelihatan darah di tepi bibir Cinta.



     “Sikit je. Its okay encik Hann. Ni fail saya.” Cinta memberi fail peribadi dan surat rasmi pertukaran cawangan kepada Hann. Hann meneliti fail tersebut.



     “Hm... Okay Cinta Arya, tugas awak dekat sini ialah menjadi pembantu saya. Bukanlah setiausaha tetapi pembantu saya dalam menguruskan projek amal syarikat kita. Ada orang terangkan tak skop kerja kita macam mana?” tanya Hann sambil memandang tepat ke wajah Cinta. Naik malu Cinta dibuatnya.



     “Er tak ada encik. Ni pertama kali saya terlibat dengan projek amal syarikat kita. Team kita berapa orang ya encik?” tanya Cinta sambil mengeluarkan buku nota dan pennya.



     “Oh, okay, team kita ada 5 orang termasuk saya dan awak. Untuk projek amal ni, syarikat memperuntukkan RM 500,000. So kita kena cari beberapa tempat untuk sumbangkan dana ini. Mungkin rumah anak yatim, fakir miskin dan orang yang memerlukan.” Hann bangun dari kerusinya diikuti Cinta.



     “Jom saya kenalkan dengan kesemua team kita.” Hann berjalan keluar dari biliknya lalu pergi ke bahagian paling kiri pejabat itu. Terdapat 4 meja pejabat yang digabungkan sekali.



     “Okay, yang hujung sana, Said, yang tengah menaip tu Wahid dan yang perempuan tu Isma.” Hann memperkenalkan semua yang berada di situ. Isma bangun dan bersalaman dengan Cinta.



     “Nama saya Cinta Arya boleh panggil Cinta atau Arya. Harap semua boleh beri saya tunjuk ajar.” Kata Cinta dengan senyuman manis.



     “Untuk Cinta apa pun boleh.” Usik Wahid sambil mengenyit mata. Said yang berdekatan dengan Wahid terus mengetuk kepala Wahid dengan fail kosong.



     “Dah mulalah tu si Wahid tu. Tak payah layan sangat si Wahid tu Cinta. Dia yang paling tak betul dekat sini. Betul tak encik?” tanya Isma kepada Hann. Hann mengangguk mengiyakan kata-kata pekerjanya.



     “Eleh,jeleslah tu. Paling tak betul pun tak betul la yang penting paling handsome dekat sini.” Kata Wahid dengan muka yakin. Cinta tergelak kecil.



     “Hah, tak betul lah tu. Itu yang Cinta gelak.” Sampuk Said. Wahid sudah masam mukanya.



     “Er... encik Hann apa yang saya boleh mula buat ya?” tanya Cinta cuba mengubah topik. Isma turut tergelak melihat gelagat Cinta yang serba tak kena.



     “Hahaha, ada fail atas meja awak tu. Awak boleh la teliti pihak mana yang berpotensi menerima sumbangan kita.” Hann menunjukkan meja Cinta dan berlalu pergi. Isma dengan mulut terlopong melangkah ke meja Cinta.



     “Eh, tadi encik Hann gelak ke? Ke akak punya telinga tak servis lagi ni?” tanya Isma. Cinta memandang pelik wajah Isma.



     “Betullah dia gelak. Kenapa kak?”



     “Dia tak pernah gelak tau. Dah dua bulan akak kerja dekat sini. Si Wahid buat lawak bangang pun dia tak gelak. Pelik akak. Tapi... Eh, biar jelah dia. Ni kenapa dengan dagu kamu tu Cinta? Macam lebam je.” Tegur Isma. Ramah betul si Isma ni. Terus bahasakan diri dia kakak. Entah-entah Cinta lagi tua. Tapi tak la kot, Cinta baru 23 tahun.



     “Hah? Terhantuk tadi, eh pagi tadi. Hah, okaylah kak, Cinta nak tengok list yang encik Hann kata tadi tu.” Pantas Cinta membuka fail di depannya. Kalau dilayan kak Isma ni, nanti habis semua dia ceritakan. Mulut bergerak lagi laju dari otak, memang selalu dia terlepas cerita dan cakap. Bahaya, baik dia sibukkan diri.





     “Cinta masuk bilik saya sekejap.” Panggil Hann.



     “Habislah kau Cinta... Encik abang Hann dah panggil.” Usik Wahid. Cinta menjengilkan mata. Dah sebulan dia bekerja di sini, dah faham sangat dengan perangai kawan-kawan sekerja dia.



     “Ya encik.” Kata Cinta sebaik sahaja dia masuk selepas kebenaran Hann.



     “Cinta, malam esok, family saya ada buat majlis doa selamat sekali dengan jamuan hari jadi Akiq, boleh awak datang? Akiq asyik tanya pasal awak.” Kata Hann sambil meramas-ramas tangannya. Entah kenapa gementar pula rasanya.



     “Er... malam ke encik...” Cinta mula mencari idea nak tolak. Hah, tak boleh pergi sebab tak ada teman. Ayah tak kasi, haah yes, ayah tak kasi.



     “Awak boleh bawak family, please Cinta, Akiq tu asyik sebut, kakak Cinta, kakak Cinta sebab saya terlepas cerita yang awak kerja dengan saya.” Kata Hann. Ditayang muka kesian. Cinta melepaskan keluhan.



     “Okay. Hm.. pukul berapa ya encik? Saya datang dengan angah dan adik saya.”



     “Dalam jam 8 malam.” Kata Hann dengan muka yang riang. Mesti Akiq suka! Akiq yang suka ke, papa Yan dia yang suka ni?





     “Kakak Cinta!” jerit Akiq sambil meluru ke arah Cinta. Cinta merendahkan dirinya.

    

     Terus tubuh berisi Cinta dipeluk Akiq. Pipi Cinta dicium mesra oleh Akiq. Macam dah lama kenal. Padahal baru jumpa sekali.



     Cita Aqila angahnya Cinta ternganga. Pelik juga, Cinta ni agak garang tapi nampak macam Akiq ni manja dengan adiknya. Qaseh dah buat muka teruja apabila Hann datang mendekati mereka. Bak kata Qaseh bakal abang ipar, tapi Cinta kata tak ada apa-apa.



     “Datang juga kakak Cinta Akiq ni. Kalau awak tak datang Cinta, habislah saya. Sebab saya dah kata awak confirm datang.” Kata Hann dengan senyuman lebar.



     “Ye ke? Sorry kakak lambat. Akiq dah potong kek?” tanya Cinta kepada Akiq. Matanya tak lepas memandang Akiq. Comel betul Akiq ni. Tetapi dia tak sedar mata papa Yan Akiq tak henti-henti memandang dia. Tapi Qaseh perasan dari tadi dia berbisik-bisik dengan Cita. Tersenyum-senyum mereka berdua.



     Kepala Akiq menggeleng. Mulutnya tak putus-putus tersenyum. Diheret tangan kakak Cintanya ke dalam.



     “Manalah nak potong kek. Dia kata wajib tunggu kakak Cinta dia.” Kata Hann sambil menggosok kepala anak saudaranya itu.



     “Papa Yan! Rosak rambut Akiq.” Muncung terus Akiq apabila rambut hensemnya dirosakkan oleh Hann. Baru tadi kakak Cinta puji rambut dia hensem.



     “Eh, janganlah merajuk. Akiq tetap handsome. Akiq, Akiq nak tak hadiah ni?” tanya Cinta sambil mengeluarkan sebuah kotak yang berbalut kertas hadiah dan sebekas kecil biskut coklat chip.



     Akiq mengangguk laju. Tangan menyambut huluran hadiah Cinta. Pipi Cinta sekali lagi mendapat habuan.



     “Say what?”



     “Thank you kakak!”



     “Nah, ni pun untuk Akiq. Akak buat khas untuk Akiq.” Kata Cinta. Akiq terus nak membuka bekas itu tetapi ditahan Cinta.



     “Kita potong kek dulu ye. Kesian kawan-kawan Akiq tunggu. Dah dekat jam 9 ni.” Kata Cinta sambil memimpin tangan Akiq ke meja kek yang terletak di luar rumah.



     “Ini ke kakak Cinta Akiq tu?” tanya seorang wanita berusia likungan 30-an. Pastinya ibu Akiq. Disebelahnya ada seorang wanita berusia 50-an yang ini mesti emak kepada encik Hann.



     “Haah ibu! Nilah kakak Cinta. Dia memang baik tau ibu. Dia tolong Akiq hari tu...” cerita Akiq. Cinta menyalami kakak dan emak kepada encik Hann.



     “Eh, tak adalah puan. Saya terjumpa Akiq dalam mall tu je.” Cinta tersipu-sipu. Akid memeluk kaki Cinta. Sayang sangat dengan kakak Cinta dia.



     “Tak ada apanya. Terima kasih Cinta sebab tolong tengokkan cucu mak cik sebelum Hann jumpa dia.” Kata Zamila ibunya Hann.



     “Betul tu. Terima kasihlah tolong tengokkan anak akak hari tu.” Tambah Dahlia kakaknya Hann.



     “Eh, tak ada apalah puan, sesiapa pun akan tolong Akiq. Dia kan comel, bijak pula tu.” Kata Cinta sambil mencuit pipi Akiq.



     “Bukan comel! Handsome la kak Cinta!” muncung Akiq mula kelihatan. Pantang sungguh orang puji dia selain handsome.



     “Okay, okay, handsome! Cepatlah potong kek Akiq, kawan-kawan tunggu tu.” Gesa Cinta apabila dua tiga orang kanak-kanak sudah menguap. Akiq menarik tangan kakak Cintanya.



     “Eh, Akiq potonglah kek dengan mama Akiq.” Kata Cinta.



     “Tak apalah Cinta, potong je kek tu dengan Akiq. Dah beria-ria akak tengok dia tarik tangan Cinta tu.” Ujar Dahlia. Cinta dengan perasaan serba salah mengikut sahaja. Akiq dengan riangnya memotong kek bersama Cinta. Siap cium pipi Cinta seusai kek di potong.



     “Sayangnya Akiq dengan kakak Cinta. Papa Yan?” ujar Hann sedikit cemburu. Cemburu dengan Cinta ke Akiq si Hann ni?



     “Akiq love kak Cinta. Kak Cinta cantik, baik pulak tu!” ujar Akiq yang masih setia di sisi heroinnya itu. Cinta tergelak kecik.



     “Kak Cinta pun love Akiq.” Balas Cinta. Muka Hann mula berubah. Aik, betul-betul cemburu Hann ni...



     “Ehem, masamnya muka abang ni?” usik Qaseh dalam nada berbisik. Cita yang setia di sisi adiknya mencubit Qaseh apabila Hann menjeling mereka berdua. Qaseh ketawa kesukaan apabila melihat reaksi Hann.



     “Kenapa Qaseh?” tanya Cinta yang pelik dengan adiknya itu.



     “Tak ada apalah achik. Macam kamu tak tau Qaseh ni. Nyamuk gigit pun jadi gelak dia ni.” Kata Cita cuba menutup perbuatan Qaseh. Dia pun gerun kalau Cinta naik angin di sini. Bukan boleh percaya sangat angin si Cinta ni. Bahaya.



     Seusai makan Cinta mengajak Cita dan Qaseh pulang. Akiq yang sudah keletihan sedaya upaya menahan Cinta pulang. Nak tak nak, Cinta terpaksa menunggu si kecil tidur.



     Jam sudah hampir 11 malam barulah Cinta boleh beredar. Mujur Qaseh cuti keesokkan harinya. Dia pun cuti, yelah esokkan Sabtu, office dia cuti Sabtu Ahad. Untung betul kerja dengan syarikat dia ni. Banyak kelebihan.



     “Cinta, sekejap!” panggil Hann dalam nada separuh berbisik. Qaseh dan Cita dan jeling menjeling sambil tersenyum suka.



     “Kejap tau angah, Qaseh, orang pergi jumpa bos kejap.” Kata Cinta sambil menyerahkan kunci kereta kepada angahnya.



     “Jangan lama-lama. Takut ada yang ketiga.” Usik Qaseh. Cita menyambut dengan ketawa yang kuat. Terangkat bahu Cinta, terkejut dengan ketawa yang tiba-tiba itu. Takut pula dia tengok kakak dan adiknya, ketiga apanya? Hantu ke? Aish, mintak simpang!



     “Ye encik Hann, kenapa ya?” tanya Cinta yang gelisah. Takut jugak yang ketiga tu muncul.



     “Er.... Erm... Er...” Hann menggaru-garu kepala. Ada seekor kumbang hitam melekat dibahu Hann. Cinta yang sememangnya ketakutan itu menepuk kuat bahu Hann.



     “Oit! Kau aku kita!” melatah Hann menahan rasa peranjatnya itu.



     “Sorry encik Hann. Tadi ada kumbang besarrrr warna hitam!” kata Cinta dengan muka bersalah.



     “Hah? Eh, its okay. By the way terima kasih datang majlis Akiq. Er... itu jelah kot. Bye.” Hann dengan muka memerah terus berlari masuk ke rumah. Adohai macam mana boleh melatah pulak! Tak pernah dibuatnya!



     “Hah? Bye encik Hann.” Balas Cinta. Pelik betul bos dia ni. Kenapa ye? Yang ketiga dah muncul ke? Oh tidak! Berlari Cinta ke keretanya.





     “Cinta masuk bilik saya sekejap!” arah Hann. Cinta yang asyik menaip terhenti kerjanya.



     “Ye encik Hann?”



     “Buatkan saya kopi secawan.” Matanya tetap memandang skrin komputer. Cinta membuat muka. Geram pula. Hann tersenyum apabila terlihat gelagat Cinta.



     Tak sampai 10 minit Cinta membawa masuk secawan kopi pekat. Sebelum masuk sempat dia menarik nafas panjang. Takut termarah bos sendiri.



     “Ni kopinya encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu lagi?” tanya Cinta dengan muka yang dimaniskan. Dah kelat habis perasaannya ketika ini. Mana taknya, dah dekat dua minggu dia asyik kena kerah oleh Hann. Kerja remeh macam ni asyik dia je yang kena. Menyampah pula rasanya.



     “Tak ada apa. Awak boleh keluar.”



     “Okay terima kasih.” Cinta melangkah keluar.



     Tak sampai sejam Hann dan bersedia nak memanggil Cinta. Entah kenapa dia asyik nak menatap wajah si gadis itu. Rindu? Suka? Er... cinta? Entahlah.



     “Cinta masuk bilik saya sekejap.” Arah Hann sekali lagi.



     “Ye encik Hann ada apa-apa yang boleh saya bantu?” sedikit tinggi nada suara Cinta.



     “Er... entah terlupa pulak.” Hann tayang sengih.



     “Ya Allah, berikan lah aku kekuatan!” doa Cinta sekuat hati seraya keluar dari bilik itu. Hann ketawa seorang diri di dalam bilik. Comel pulak dia tengok Cinta ni.



     ‘Marah?’ – Mr Senget

     ‘Eh mana ada en Hann!X marah pun...’ – Cinta

     ‘Tu doa kuat2 perli sy ke?’ – Mr Senget

     ‘Nope. Saja doa kuat2, org lain boleh ikut doa skli.’ – Cinta

     ‘Lain kali doa tu kuat lg. Sy pun nk tumpg sama.’ – Mr Senget



     Tiba-tiba je Hann hantar whatsapp kepada Cinta. Cinta cuak sekejap. Dibuatnya Encik Hann dia terasa hati, habis gaji kena potong. En Hann dia ni main kasar pulak, perli-perli ye... Tak apa, tak apa, ada hari aku balas >_< Er... En Hann dia? Ohmai...



     Hann di dalam biliknya, ketawa besar. Macam-macam akal si Cinta ni.





     “Kamu ni bosan sangat ke Cinta?” tanya Daim. Dia duduk bersandar ke kaki adiknya yang duduk disofa. Tangan Cinta asyik mengikat rambutnya bertocang-tocang.



     “Sekali sekala. Geram tengok rambut along yang panjang macam perempuan. Duduk diamlah! Karang sakit marah orang.” Rungut Cinta bila Daim asyik bergerak.



     “Eiii budak ni! Dahlah main kepala orang. Picit terus ye, dah ikat-ikat rambut tu.” Suruh Daim sambil melelapkan mata. Cinta dengan mulut yang dimuncungkan terus memicit kepala alongnya. Sekali sekala bermanja, kalau tak asyik nak gaduh je.



     Melihat Daim yang lena, muncul satu idea nakal. Cinta menahan gelak. Telefon pintarnya diambil. Ditekan symbol camera berwarna keungguan itu.



     ‘Clik!’ jari pantas menaip sesuatu lalu ditekan ‘your story’

    

     ‘My Along lena after scalp massage from me. Comey tak along saya. Look at his hair!!! >_<’ gambar Daim yang lena dengan mulut ternganga diuploadnya. Kalaulah Daim tahu. Dengan rambut bertocang dia tu! Memang Cinta cari pasal.



     “Jangan marah along. Well sekali sekala orang balas balik pembulian along. You so comel la along. Ngee geram!” terus dicubit pipi alongnya. Daim terus terduduk tegak. Terkejut dan sakit.



     “Sakitlah! Kamu ni!” Baru saja Daim nak balas cubitan Cinta, Cinta dah lari naik ke bilik.



     “Hei! Cinta Arya!!! Apasal kamu post gambar aku kat insta story ni weih?!” jeritan Daim bergema di dalam rumah itu. Cinta ketawa terbahak-bahak.



     “Gelak ye... aku ada telefon kamu ni... Eh Mr Senget mesej...” kata Daim di depan pintu bilik Cinta.



     “Adomak! Lupa telefon! Alaaaaa...” rungut Cinta di dalam bilik. Nak keluar ambik ke tak? Nak keluar ke tak? En Hann mesej pulak tu!



     “Kalau aku call dia pun okay kan Cinta? Kesian dia tunggu kamu balas balik.” Ujar Daim dengan suara dalam. Konon-konon suara jahat.



     “Hm... Mr Senget... call. Buat loud speakerlah!” Cinta masih mendiamkan diri. Mesti along dia tak berani.



     “Hello, assalamualaikum. Ya Cinta?” adomak! Betul-betul suara encik bos! Cinta terus bukak pintu dan merampas telefonnya. Tak sempat nak masuk bilik kembali, Daim sempat memegang tangannya.



     “Waalaikumusalam. Er... tercall sorry.” Terus panggilan itu dimatikan. Tangan menghempuk-hempuk badan Daim.



     “Tu bos orang tau tak!” marah Cinta. Daim dah terduduk menahan pukulan adiknya.



     “Manalah aku tau. Ingat kawan kamu tu yang save Mr Senget. Sakitlah! Adoi! Ayah tolong!” jerit Daim meminta pertolongan Zamir.

    

     Ternganga Zamir. Okay Cinta dah naik hantu. Erm...



     “Maaf ayah tak berani nak tolong. Bertahanlah anakku!” Zamir menghilangkan diri ke dalam bilik.



    

     Cinta mengintai-ngintai ruangan pejabat itu. Masih segan. Pandai-pandai sahaja Daim menelefon encik Hann. Malu dia. Kosong. Cinta mengurut dada. Memang dia sengaja datang awal. Tak nak terserempak dengan encik Hann.



     “Ehem, ehem!” dehem suara yang sudah sebati dengan dirinya. Muka Cinta memerah.



     “Mengintai siapa tu?” bisik suara itu.



     “Ha... Er... Mengintai er... Eh, mana ada mengintai! Ingat nak kejutkan orang!” Cinta berdalih. Dia terdiam menunduk, tak menoleh melihat Hann. Malu teramat. Muka sudah memerah.



     “Oh, tak nak masuk ke?” tanya Hann. Dia pun turut mengintai ke ruangan pejabat itu. Ada apa?



     “Hah? Nak masuk la ni. Encik Hann masuklah dulu.” Ujar Cinta sambil membetulkan tudungnya.



     “Huh? O...kay.” Hann berjalan di depan Cinta. Dikerling wajah Cinta. Memerah. Malu ke? Kenapa ye?



     “Er... Encik Hann! Sorry semalam salah nombor.” Kata Cinta dengan suara perlahan.



     “Oh... salah nombor.” Ujar Hann. Bagaikan kecewa. Cinta melihat wajah bosnya. Kecewa kenapa?



     “Erm... okay saya buat kerja dulu.” Cinta pantas ke mejanya. Hann melihat gadis itu. Hm... nasiblah orang macam tak suka dengan dia.





     Daim pergi ke meja penyambut tetamu. Malas betul nak datang pejabat Cinta ni. Buat sebab, dia tengah cuti dan Cinta memang perlukan fail itu, itu yang datang jugak.



     “Er,selamat pagi, saya nak jumpa dengan cik Cinta Arya.” Kata Daim dengan muka kejung. Serius sangat. Nampak dia tak rela datang pejabat Cinta ni.



     “Oh, Cinta ya, encik jalan je sampai dalam sana tu.” Ujar si gadis dengan muka takut-takut. Macam gangster sahaja gaya si Daim ni.



     “Cinta!” kuat suara Daim memanggil adiknya.



     “Cinta hoi!” sahut Isma yang terkejut. Cinta terus berdiri dan mendekati Daim.



     “Sorry kak. Kejap ye.” Ujar Cinta. Hann memerhati sahaja tindak tanduk Cinta dan lelaki yang dia tidak kenali.



     “Along malulah orang!” cubit Cinta.



     “Aku dah tolong ni pun kira okay tau. Nah, aku nak balik ni.” Fail yang dibawa diserah kepada Cinta.



     “Thank you, baru ingat nak belanja makan sebab tolong hantar.”



     “Makan? Nak nak! Lambat lagi ke?” tanya Daim.



     “Tak lama lagi. Dalam 15 minit. Along tunggu dekat restoran depan sana tu dulu. Kejap lagi orang sampai.” Kata Cinta. Daim mengangguk faham.



     “Cinta jom lunch sekali.” Ajak Hann. Cinta serba salah.



     “Saya dah janji dengan orang. Sorry encik Hann.” Cinta menayang muka bersalah. Hann mengeluh. Tahu Cinta janji nak lunch dengan mamat tadi tu.



     “Nak buat macam mana. Enjoy your lunch.” Kata Hann dengan nada tak bermaya. Terus dia masuk ke biliknya semula. Cinta yang rasa bersalah. Dua tiga kali jugalah dia menoleh ke bilik Hann.





     Cinta seronok berborak dengan Daim. Jarang-jarang dia nak berborak elok-elok dengan alongnya. Asyik-asyik bergaduh. Dalam tak sedar, ada sepasang mata memerhatikan gerak-geri Cinta dengan Daim.



     Hann makan hati melihat Cinta dan lelaki yang tidak dikenalinya makan sambil bertepuk tampar.



     “Along lepas orang up gambar along dalam insta story, kawan orang yang Ikin tu komen, comel abang kau Cinta.” Cerita Cinta dengan kening terangkat-angkat. Mengusik orang memang best! Habuan dia pun best!



     “Adoi! Sakitlah!” terjerit Cinta menahan cubitan bisa alongnya. Terbangun Hann mendengar jeritan Cinta. Hann yang terasa nak jadi hero tolak tubuh Daim hingga dia terjatuh dari kerusi. Ditumbuk wajah itu. Sekali lagi Cinta terjerit.



     “Along!” Hann yang baru nak hadiahkan sebiji lagi penumbuk terhenti. A...long?



    

     “So sorry along!” ujar Hann. Mana dia tau tu along Cinta.



     “Along kau! Bila aku jadi along kau? Panggil aku Daim.” Kata Daim sambil menuam pipi menggunakan ais yang diminta dari kedai makan itu. Lebam okay! Sakit gila!



     “Er... sorry Daim. Saya tak tahu awak along Cinta. Ingat awak pukul dia.” Kata Hann dengan kepala tertunduk.



     Cinta yang memandang mereka berdua tergelak besar. Kuat sampai semua orang memandang mereka. Daim menyiku adiknya menyuruh diam. Malu kena tumbuk satu, malu sebab Cinta gelak kuat satu. Tak reti cover betul adiknya yang seorang ini.



     “Sorry, tak tahan nak gelak... hehehe kelakar tengok along dengan encik Hann. Nasib baik along tak balas. Kalau dua-dua bertumbuk, Cinta lari balik office biar je korang berdua bergaduh-gaduh manja.” Kata Cinta dengan ketawa yang masih bersisa.



     Hann terkebil-kebil melihat Cinta. Daim dah ikut ketawa. Melihat Hann terkebil-kebil makin kuat ketawa mereka.





     “Daim, er... aku... kalau aku...” Hann menggaru-garu kepalanya. Mujur Cinta dah masuk ke dalam pejabat



     “Apa?” sergah Daim. Dia dahlah sakit pipi, nak melayan orang yang tumbuk dia lagi.



     “Kalau aku pinang Cinta awak rasa okay tak?” tanya Hann senafas. Daim ternganga.



     “You say what?”





     Cinta asyik melihat langit. Bintang malam ni banyak betul. Telefonnya berdering. Cinta pantas menyuruh Qaseh menjawabkan. Qaseh dengan bijaknya membuat loud speaker.



     “Assalamualaikum. Tengah buat apa tu?” tanya suara yang dia rindu. Tak lama esok dia menjadi hak milik lelaki itu.



     “Waalaikumusalam tunggu inai kering. Awak?”



     “Awak apanya? Abang. Tengah rindu.” Kata-kata Hann disambut gelak mengekek oleh Qaseh dan Cita. Mujur mereka tiga beradik je dalam bilik dia. Kalau sepupu-sepupu pun ada lagi Cinta malu.



     “Alamak ada orang lain ke?” Hann mula malu. Cinta menyuruh kakak dan adiknya keluar dari bilik.



     “Angah dengan Qaseh. Dia orang dah keluar. Hm... rindu juga.” Balas Cinta.



     “A...bang, Cinta nak tanya sikit. Kenapa ya abang pilih Cinta?” tanya Cinta dengan muka memerah.



     “Sebab Cinta yang pertama mengusik hati abang. Hati abang keras tau. Jumpa Cinta terus lembut selembutnya.” Hann menjawab.



     “Ye? Tapi abang tak malu ke dengan Cinta?” tanya Cinta



     “Kenapa pula? Love sempurna di mata abang. Love tahu Love dah buat abang gila?”



     “Gila?”



     “Haah, gila, gilakan Cinta. Hehehe Love okay terima abang? Baru kenal beberapa bulan abang pinang Love, tunang pun tak lama 3 bulan je.” Tanya Hann kembali



     “Cinta terima abang seadanya. Hann Aryan di mata Cinta dah sempurna, melengkapi kekurangan Cinta. Tapi Cinta terkejut juga. Mujur angah dah selamat kahwin tau...” Kata Cinta sambil memandang ke langit.



     “Hahaha ikutkan nak langsung sekali dengan angah tapi takut ayah marah. So... Cinta jangan tanya kenapa abang terima Cinta. I just love you.” Cinta tergelak kecil.



     “I love you too, abang.”



     “Papa Yan nak cakap dengan mama Love!” jerit suara kecil itu. Cinta ketawa kecik.



     “Potong mood romantiklah kenit ni!” marah Hann dihujung talian tetapi telefon diberikan kepada Akiq.



     “Mama Love, i miss you! I cinta mama love!” kata Akiq bersungguh-sungguh. Hann menjerit di sebelah sana mengatakan tak boleh, mama Love cinta papa Yan je.



     “Okay Akiq, i love you. Okay Akiq mama Love nak pergi bathroom dulu ye. Esok kita jumpa.” Kata Cinta.



     “Okay mama Love. Esok Akiq nak tidur dengan mama tau! Bye... muah!” kata Akiq. Telefon diserahkan kepada Hann.



     “No Akiq, tak boleh tidur dengan mama Love!” kata Hann kepada anak saudaranya. Akiq menjelir lidah lalu berlari keluar dari bilik.



     “Bye-bye Love.” Kata Hann kepada Cinta.



     “Bye-bye abang.” Balas Cinta. Cinta menggeleng kepala mendengar Hann dan Akiq bertengkar dihujung talian. Mama Love gelaran dari Akiq selepas tahu Papa Yan nak berkahwin dengan kakak Cintanya.



     Hann pun mula panggil Love. Katanya Cinta as in Love, jadi dia panggillah Love.



     Mungkin kisah mereka tak sehebat mana. Cinta tak sangka bos dia sangkut dengan dia. Dia pun sebenarnya dah tersangkut hati dengan bosnya itu semasa kenduri hari jadi Akiq.



 Semoga perkahwinan mereka dilindungi oleh-Nya.


TAMAT