Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday 19 September 2013

DUNIA YANG HILANG (DYH) 1



BAB 1

Kereta dibawa laju. Azalina masih mamai. Mengapa dia berada di dalam kereta ini? Azalina pantas bangkit dari kerusi belakang lalu duduk. Dia memandang orang yang memandu. Siapa lelaki itu?

"Kamu siapa?" tanya Azalina yang tidak sudah-sudah memegang kepalanya. Pening. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Azalina mula cuak. Pemakaian lelaki itu agak pelik. Seluruh bajunya berwarna hitam. Muka lelaki itu juga tidak kelihatan kerana ditutup dengan mantel. Lelaki itu turut memakai kaca mata hitam. Sejuk sangat ke? desis hati Azalina.

"Kenapa kamu diam? Mana ibu dan ayah saya? Kita nak ke mana?" bertubi-tubi soalan diluahkan. Namun tiada satu pun dijawab. Hati Azalina mula gusar. 

"Awak jawablah! Awak!" geram dengan kebisuan lelaki itu. Azalina memukul kerusi lelaki itu. Kereta mula hilang kawalan. Lelaki itu berpaling sepertinya marah dengan tindakan Azalina. Tidak, lelaki itu memusingkan kepalanya tanpa mengerakkan badannya! AYAH! IBU TOLONG!

Azalina kaku. Dia bagaikan terpukau. Lelaki itu menanggalkan kaca matanya. Mata coklat hazel itu membuat Azalina makin kaku. Badannya sudah menggigil. Mantel turut dibuka. Ya Allah, makhluk apa ini? Dia bukan manusia. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini!

"SELAMAT  TINGGAL AZALINA." desis makhluk yang tidak dapat dikenal pasti oleh Azalina. Makhluk itu tiba-tiba melompat dari kereta. Azalina terkedu! 

Kereta masih bergerak laju. Azalina cuba untuk ke tempat duduk hadapan. Namun, tidak sempat dia ke tempat duduk hadapan. Kereta terlanggar divider lalu berpusing beberapa kali. Azalina tidak sempat duduk lalu terhumban ke cermin depan dan terpelanting ke tengah jalan.

"Sa.. sakitnya. To.. Tolong.. sa.. saya sakit.. To..tolong.." Azalina cuba mengamit seseorang yang berada di situ. Seorang lelaki. Ya, itu yang Azalina pasti. Dia cuba memanggil lelaki itu. 

Lelaki itu bagai mula sedar yang Azalina berada tidak jauh daripadanya lalu berlari mendapatkan Azalina.

Tangan lelaki itu mula mengangkat Azalina yang terbaring lemah. Azalina dapat lihat di salah satu jari lelaki itu terdapat sebentuk cincin platinum. Cincin itu bertahtakan permata berwarna hitam. 


Dengan kudrat yang masih ada Azalina cuba melihat wajah lelaki itu. Namun dia terlalu lemah dan akhirnya pandangannya gelap. Segelap langit malam tanpa bintang dan bulan. Cuma Azalina terasa dirinya disedut oleh sesuatu tarikan yang kuat dan akhirnya dia tidak sedar.



         *****


Azalina terjaga saat dia terasa badannya bagai dipukul ombak. Hampir separuh badannya basah. Mukanya turut dibasahi. air itu termasuk ke dalam mulutnya. Masin. Matanya terus terbuka luas.


Ya Allah! Aku di mana? Cantiknya, Subhanallah! Hanya itu yang terdetik di hati Azalina. Persisiran pantai itu berkelipan. Seperti ada kehidupan lain disitu. Azalina cuba mengapai benda yang bercahaya itu. Namun dia tidak mampu mencapainya. Benda yang bercahaya itu pantas melarikan diri.


Dia cuba mengejarnya. Dengan badan yang terhuyung hayang dia cuba mengejar benda yang kelihatan seperti amoeba itu. 

Sekejap. Kenapa pantai ini terlalu sepi? Tiada unggas yang bersahutan dan juga tempat itu seperti tidak pernah dijejaki manusia. Terlalu sempurna seperti tidak pernah ada manusia di situ.


Azalina menjerit mencuba jikalau ada manusia yang berhampiran. 

"Ada orang tak?! Ada orang tak dekat sini?!"Jerit Azalina. Setelah beberapa kali menjerit Azalina terduduk lemah. Keadaannya yang dahaga dan juga lapar membuat dia terbaring tidak mampu untuk bersuara apatah lagi berjalan.

Dia akhirnya terlelap.


#BERSAMBUNG... 



2 comments:

  1. Replies
    1. hehehe thanks Nurul Syafiqah..
      bab 2 bakal di update.. jemput2 la baca ye.. ^^

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)