Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday 7 March 2013

IBU... AMPUNKAN DAKU!!

IBU... AMPUNKAN DAKU!!


Kisah seorang gadis yang menjadi harapan ibu bapanya. Mariana gadis berusia awal 20-an mula menjejakkan kaki ke universiti. Segala perubahan membuatkan dia terjebak ke kancah cinta. Namun, segala perubahan itu membuat diamengguris segaris luka yang dalam di hati ibu yang tercinta. Duka seorang anak bermula. Mampukah dia menggapai kemaafan ibunya?

Puan Manisah - "Ibu tak sangka kamu sanggup buat ibu macam ni.. apa dosa ibu? Ibu sudah tanya kamu, tapi kamu, Mariana sanggup menafikannya dan melakukan hal sebegini!" air mata mengalir deras. Puan Manisah tidak sanggup memandang wajah anak yang pernah menjadi kebanggaan dia suatu masa dahulu.

Mariana - "Ibu.. Ibu maafkan Mar. Mar tahu Mar salah.. tapi Mar tidak mampu mengawal perasaan Mar,ibu.."Rayu Mar yang sudah terjelepok dilantai rumah ayahnya.

Ammar Asyraf - "Awak.. Saya takut.. Takut keluarga awak tidak dapat menerima hubungan kita. Awak saya dah buat keputusan.. Kita..." Keputusannya bakal merobek hati seorang anak yang setia dan ibu yang memberi kepercayaan..

#Amacam okey tak???
Cerita baru yg bakal asyu tulis..
hehehe okey tak??
nama watak mungkin akan ditukar

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)